ArtikelBerita

Program Tautan Hati Simpulan Kasih KMKPh 2023

Program Team Building KMKPh 2023 dengan slogan Tautan Hati Simpulan Kasih  telah diadakan dengan jayanya di Kem Serambi Rimba, SMK Desa Jaya pada 11 Disember 2023. Antara objektif program adalah untuk membentuk jati diri, mewujudkan interaksi positif dalam kalangan warga kolej bagi membentuk semangat kerja secara kolaborasi dan efektif serta membangunkan nilai yang berkaitan dengan moral, etika dan sikap yang positif. 8 kumpulan telah menyertai 12 outdoor activities yang menyeronokkan antaranya musang berjanggut, galah lentur, tongkol & tangga, periuk api, monkey bar, zigzag, titi & terowong dan sarang labah-labah. Sekalung penghargaan kepada PIBG SMK Desa Jaya, Bandar Jengka  di atas kerja sama yang diberikan.

Terima kasih dan Tahniah semua warga KMKPh. Anda memang hebat dan versatile!