Soalan Lazim

Bila dapat elaun RM250?

Elaun akan diproses setelah dokumen perjanjian pelajar dilengkapkan. Bayaran dijadualkan RM250.00 sebulan

 

Bilakah pelajar dibenarkan pulang bermalam?

Pelajar dijadualkan pulang bermalam 2 kali sebulan tertakluk kepada pindaan dan pada cuti semester.

 

Bilakah penjaga dibenarkan membuat lawatan?

Dibenarkan melawat pada cuti hujung minggu.

 

Apakah jaminan bahagian matrikulasi tentang peluang anak ke universiti samada secara automatik atau melalui permohonan?

Permohonan melalui UPU

 

Apakah perbezaan Matrikulasi Kejuruteraan dengan Matrikulasi Sains?

Matrikulasi TKejuruteraan hanya menawarkan Kursus Asas Kejuruteraan

 

Adakah para pelajar dari sabah/sarawak boleh membuat tuntutan perjalanan?

Pelajar boleh membuat tuntutan penerbangan sehala semasa datang dan tamat belajar sahaja

 

Apakah beza program PDT dengan PST yang disediakan oleh bahagian matrikulasi?

Kolej Matrikulasi Teknikal hanya menyediakan program satu tahun (PST) sahaja.

 

Apakah syarat minimum kelayakan untuk masuk matrikulasi teknikal?

Sama seperti kemasukan matrikulasi yang lain

 

Adakah dibenarkan pelajar membawa kenderaan?

Tidak dibenarkan

 

Adakah pihak kolej menyediakan cadar? Jika tidak, apa warna cadar yang perlu dibawa?

Tidak disediakan. Kolej tidak menetapkan warna cadar yang digunakan.

 

Adakah dibenarkan membawa alatan letrik seperti seterika atau periuk nasi?

Tidak dibenarkan. Seterika disediakan.

 

Adakah pihak kolej menyediakan mesin basuh pakaian?

Ada disediakan di setiap blok kolej kediaman (2 unit untuk satu blok)

 

Adakah pelajar dibenarkan memakai baju T berkolar semasa ke kuliah?

Pelajar DIWAJIBKAN memakai baju kemeja lengan panjang warna cerah tanpa corak, bertali leher dan berseluar slack warna hitam / biru gelap semasa menghadiri kuliah.

 

Bagaimanakah cara untuk pelajar keluar ke bandar?. Adakah pelajar dibenarkan menyewa kenderaan untuk ke bandar berhampiran?

Pelajar boleh menggunakan teksi. Pelajar tidak dibenarkan menyewa kenderaan.

 

Bagaimanakah caranya untuk anak saya mendapatkan rawatan sekiranya sakit?

1) Sekiranya hari bekerja, pelajar dikehendaki ke Pejabat HEP untuk diurusakan kenderaan.

2) Sekiranya selepas waktu kerja, pelajar hendaklah memaklumkan kepada felo kolej kedaiaman.

 

Adakah yuran pendaftaran boleh dituntut semula sekiranya pelajar tidak mendaftar?

Boleh dengan mengemukakan surat rasmi beserta slip bayaran BSN, surat tawaran dan no. akaun bank.

 

Tidak adakah peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri?

Pelajar berpeluang melanjutkan pelajar ke 15 buah universiti di UK, Australia, New Zealand dan Indonesia yang telah menjalinkan kerjasama dengan bahagian Matrikulasi.

 

Adakah Kurikulum Kejuruteraan yang ditawarkan selaras dengan keperluan IPTA

Ya,di gubal oleh panel penggubal dari IPTA yang diiktiraf.

 

Apakah tindakan kolej jika berhadapan dengan pelajar yang bermasalah disiplin?

Semua pelajar tertakluk dengan Akta 174 Kolej Universiti

 

Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM?

Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana IPTA dalam negara dan IPT luar negara (yang disenaraikan dalam brosur) berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

 

Bolehkah saya menangguh pendaftaran pada selain tarikh yang ditetapkan?

Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanya 5 hari. Jika melebihi 5 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

 

Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali kes kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan pengajian hanya diberikan sekali sahaja dan hanya diluluskan oleh pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan bagi Program Matrikulasi KPM?

Rayuan dibuat melalui internet dan tidak perlu datang ke Bahagian Matrikulasi. Pemohon yang datang sendiri perlu membawa:

1. Salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan.

2. Surat permohonan rayuan secara rasmi dan dilampirkan 1 salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

 

Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan ?

 

Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :

1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

2. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my

3. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

 

Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:

a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.

b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).

c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.

d) Mengikuti Program Tahmidi Perubatan , Farmasi dan Pergigian di USIM.

e) Mengikuti Program Matrikulasi Perubatan dan Farmasi UIAM.

f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.

g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.

h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.

i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.

 

Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran?

 

1. Pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan dibenarkan. Hantar surat rayuan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains TIDAK dibenarkan.

3. Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Sains atau sebaliknya perlu melalui Pengarah Bahagian Matrikulasi dengan memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan.

 

Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

Tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes seperti berikut :

a. Masalah kesihatan KRONIK (rawatan berkala).

b. Adik beradik kembar/Adik beradik

c. Keluarga yang berpindah dari Sabah/Sarawak/Labuan ke Semenanjung atau sebaliknya.

Permohonan dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.