ArtikelBerita

Mesyuarat Perancangan Banjir Bersama Komuniti

Mesyuarat perancangan banjir bersama komuniti telah dijalankan pada 4hb disember bertempat di bilik mesyuarat Al-Ghazali. Pihak kolej dan wakil-wakil pihak agensi kerajaan seperti Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba serta Pejabat Pendidikan Daerah bersama menambahbaik pelan tindakan kolej jika bencana berlaku. Pihak kolej mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak demi keselamatan warga kolej dan aset kerajaan.