Am

Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan warga kerja KMKPh adalah :

  • Pensyarah dan pelajar menerima jadual waktu selewat-lewatnya sehari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula.
  • Pelajar baharu dapat didaftarkan kemasukan dalam tempoh satu hari pada hari pendaftaran
  • Semua pelajar (100%) memenuhi syarat kelayakan akademik ke Universiti Awam. 
  • Penilaian markah 10% kokurikulum dapat dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya pada minggu ke 18 semester II pengajian.
  • Semua pelajar (yang layak) Program Matrikulasi menerima elaun wang saku tidak melebihi dua (2) bulan selepas dokumen pendaftaran diterima oleh Kolej Matrikulasi. 
  • Setiap kakitangan mengikuti latihan sekurang-kurangnya lima (5) hari dalam setahun.
  • Bayaran tuntutan perjalanan, bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen lengkap).
  • Maklum balas awal aduan pelanggan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Leave a Reply