ArtikelBerita

Program Kejelekitan Warga KMKPh 2020

Program Kejelekitan KMKPh diadakan pada 4 September 2020 (Jumaat) bermula jam 8 pagi di perkarangan garaj kolej. Objektif program ini bertujuan memupuk keakraban, semangat kerjasama dan kebersamaan warga kolej dalam melakukan aktiviti di peringkat kolej sekaligus dapat menjalinkan kemesraan dan mengeratkan silaturrahim antara warga kolej termasuk pekerja kebersihan. Aktiviti yang dilaksanakan adalah program menyediakan bubur asyura dan bubur lambuk melibatkan 6 jabatan yang terdiri daripada Jabatan Pengurusan Pelajar, Jabatan Matematik, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial , Jabatan Sains, Unit Perkhidmatan & Pentadbiran serta Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK). Sebanyak 600 bekas asyura dan bubur lambuk telah diagihkan kepada semua pelajar dan ahli kariah Masjid At-Taqwa.