Pembayaran Yuran Pendaftaran di BSN
Sila ambil tindakan berikut bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar
- Pastikan saudara/saudari telah membuat pembayaran yuran pendaftaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan atas nama:
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
KOD 21
Medium bayaran yuran buat masa ini hanya terdapat 2 kaedah iaitu :
- Kaunter BSN
- Internet banking (Limited BSN user sahaja) – Cetak slip bayaran online
- *Nombor akaun : 0610041000114300 [EJEN KM TEKNIKAL PAHANG-FGOM]
Yuran Pendaftaran: RM 599.60

- Salinan SLIP BAYARAN YURAN PENDAFTARAN yang asal untuk kegunaan kolej dan Salinan fotokopi untuk simpanan sendiri

- Pelajar dikehendaki membuka akaun baharu BANK ISLAM berserta KAD ATM bagi memudahkan pembayaran elaun wang sara hidup pelajar dibuat.
- Pastikan semua dokumen pendaftaran telah lengkap diisi dan disusun dengan baik.
- Senarai semak dokumen pendaftaran boleh dicetak disini. >> Dokumen pendaftaran<<
- Berikut adalah senarai dokumen yang perlu di pos ke kolej atau membuat serahan tangan kepada kolej:
Bil. | Perkara | Catatan |
1 | Slip (BSN) Bayaran Yuran Pendaftaran (asal) | 1 salinan |
2 | Surat Tajaan Yuran Pendaftaran (Zakat/Baitumal) | (jika berkaitan) |
3 | Surat Tawaran Pengajian Program Matrikulasi, KPM | 1 salinan |
4 | Slip Maklumat Akaun Bank Islam (Persendirian) | 2 salinan |
5 | Maklumat Peribadi Pelajar BMKPM/02 – Pin 4 (lekatkan gambar berukuran passport pada ruang yang disediakan) | Kepilkan gambar berukuran pasport 2 keping |
6 | Akuan Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga BMKPM/02/01 – Pin 4 | Lengkap diisi |
7 | Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah BMKPM/02/02 – Pin 4 | Lengkap diisi |
8 | Rekod Kesihatan Pelajar BMKPM/02/03 – Pin 4 | Lengkap diisi |
9 | Salinan Kad Pengenalan Pelajar & Ibubapa (Nota: sila palangkan ( \\ ) penjuru kanan pada salinan semua kad pengenalan berkenaan) | 1 salinan setiap satu |
10 | Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (PPM/BM.1/99.Pin-4) | 2 salinan (telah dimatikan setem hasil di LHDN) |
11 | Pengesahan Pendapatan (BSHP 1-Pin 1) | Lengkap diisi (sertakan slip gaji yg telah disahkan oleh majikan masing2) |
12 | Akuan Pendapatan (BSHP 2-Pin 1) | Lengkap diisi (sekiranya tiada slip/penyata gaji) |
13 | Elaun Murid Berkeperluan Khas (Lampiran A) | (jika berkaitan) |
- Masukkan semua dokumen yang telah lengkap seperti catatan pada Senarai Semak Dokumen dalam sampul surat bersesuaian dan poskan ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang menggunakan alamat yang betul mulai 26 Julai 2021.
Cara menulis alamat kolej adalah seperti berikut:
Catatkan no. Kumpulan MEPro / Praktikum pada penjuru atas (seperti contoh : H1P2)

- Semua dokumen di atas perlu sampai ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang pada atau selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2021 (Jumaat). Sebarang kelewatan akan menjejaskan proses pembayaran bantuan sara hidup pelajar bagi yang layak.
- Sebarang masalah atau kemusykilan, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang di talian 09-4677103 /09-4661106.
Pingback: Makluman Awal Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2021/2022 - Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang