ArtikelLatest

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JPP, PRD & PAL

Majlis Watikah Pelantikan bagi Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar, Pembimbing Rakan Dinamik(PRD)  serta Peer Assisted Learning Leaders(PAL) diadakan pada 25 Ogos 2023 di Dewan Ibnu Sina KMKPh.
Pengarah kolej Puan Zuriah bt Sulaiman merasmikan majlis watikah dengan menyerahkan watikah pelantikan kepada pelajar. Watikah kepada Ketua Blok, Ketua Praktikum serta Ketua BADAR turut diserahkan di majlis ini.

Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar(JPP) yang diketuai oleh YDP Firhad Iydaniel Bin Faidrul Iqmar bersama-sama ahli-ahli jawatankuasa membacakan ikrar setelah menerima watikah pelantikan dari Puan Pengarah.

JPP terdiri dari 12 orang wakil pelajar yang dilantik melalui pilihan raya kolej pada 19 Ogos 2023.

PRD terdiri dari 15 orang wakil pelajar yang diketuai oleh Anas Mustafa Bin Muhammad Salman@Zalman.

 Kesemua pelajar yang dilantik diingatkan untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh semangat dan ikhlas kepada tanggungjawab mereka. Pn Zuriah berharap lantikan kesemua wakil pelajar ini akan membantu kolej untuk memperkuatkan jalinan antara pelajar dan pengurusan sehingga membawa kepada kecemerlangan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang.