Karnival Pendidikan Kerjaya

Karnival Pendidikan Kerjaya bagi pelajar-pelajar  sesi 2019/2020 telah diadakan bermula pada 31 Januari – 1 Februari 2020 bertempat di Dewan Ibnu Sina, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Penyertaaan karnival pada kali ini melibatkan Bahagian Kemasukan Pelajar ke IPTA, UPU, 17 buah Universiti Awam dan 13 buah IPTS. Karnival kali ini turut dihadiri oleh kaunselor sekolah-sekolah, pelajar-pelajar SPM dan STPM dari sekolah-sekolah menengah Daerah Maran, Temerloh dan Bera. Pengisian Karnival Pendidikan Kerjaya yang dilaksanakan adalah berbentuk pameran yang melibatkan semua pelajar KMKPh, pelajar SPM dan STPM dan komuniti luar Jengka. Taklimat permohonan ke Universiti secara atas talian, taklimat mengenai syarat kemasukan dan bidang-bidang yang ditawarkan di Universiti Awam dan IPTS turut diadakan mengikut jadual taklimat yang telah ditetapkan. Taklimat berkaitan program Matrikulasi turut dilaksanakan kepada semua kaunselor sekolah daerah Maran.

Karnival Pendidikan Kerjaya sesi 2019/2020 telah dirasmikan oleh Pn. Latiza binti A. Latif, Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Sesi lawatan ke semua meja pameran dilaksanakan selepas majlis perasmian. Pihak kolej mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua Universiti Awam, IPTS, agensi yang terlibat, AJK dan semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Pendidikan Kerjaya, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang pada kali ini.