ArtikelLatest

Lawatan Penanda Aras KMPk dan Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Pada 13 Disember 2023, KMKPh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat sumber Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) untuk berkongsi berkaitan pengurusan persediaan dokumen RMK 12. Kerjasama Strategik 2024 – 2030 bersama Universiti Teknologi Petronas (UTP) turut diadakan pada 14 Disember 2023 bagi perkongsian berkaitan prasarana di beberapa lokasi untuk tujuan naik taraf bangunan di KMKPh iaitu melibatkan Pusat Sumber, Bengkel Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Bilik-bilik Akademik dan Kemudahan Sukan. Lawatan ini dihadiri oleh Pengarah KMKPh, Ketua-ketua Jabatan, PEK, Ketua-ketua Unit dan penyelaras bagi lokasi terlibat. Sesi lawatan ke KMPk dan UTP telah mencapai objektif yang dirancang dan dapat membantu pihak kolej menjana idea dalam usaha melengkapkan dokumen CBOR bagi projek naik taraf bangunan-bangunan yang terlibat dalam RMK 12 di KMKPh.