ArtikelBerita

Majlis Pertukaran En. Zukiman

10 Februari 2023 merupakan hari terakhir En Zukiman Bin Ismail berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan Kimia KMKPh. Setelah lebih 18 tahun berkhidmat di KMKPh, beliau akan meneruskan tugas di SMK Kamil, Pasir Putih Kelantan. Sehubungan dengan itu, Badan Kebajikan dan Rekreasi KMKPh (BAKERs) telah mengadakan majlis perpisahan untuk En Zukiman Ismail sebagai penghargaan setelah sekian lama bertugas di KMKPh.

Dalam majlis tersebut, Cik Hjh Wan Nordiana Wan Ab Rahman selaku Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMKPh telah berucap mewakili Pengarah dan kakitangan KMKPh menyatakan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan komitmen En Zukiman sepanjang berkhidmat di KMKPh. Jasa dan nilai yang dicurahkan adalah tidak ternilai kepada pelajar KMKPh khasnya dan warga KMKPh khususnya.

En Zukiman dalam ucapan terakhirnya di KMKPh turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pihak warga KMKPh sepanjang beliau berada di sini. Segala pengalaman dan bantuan dari warga KMKPh akan menjadi kenangan abadi buatnya. Dalam majlis tersebut juga telah di adakan majlis penyampaian hadiah dari pihak Jabatan dan juga dari BAKERs.

Semoga En Zukiman akan lebih cemerlang di tempat baru dan terima kasih sekali lagi dari warga KMKPh.