ArtikelBerita

Perjumpaan Pengarah bersama PRD

Perjumpaan Pengarah bersama penasihat PRD dan exco tertinggi PRD serta AJK Biro Kerohanian diadakan pada 11 Februari 2023 jam 1.00 ptg bertempat di cafe. Perjumpaan ini bertujuan untuk memastikan PRD terutama biro kerohanian melaksanakan tugas dan berganding bahu dalam memberikan kesedaran kepada semua pelajar KMKPh untuk terus istiqamah solat berjemaah di masjid pada setiap waktu. Pengarah menyeru agar semua PRD turut menunjukkan contoh yang baik sebagai rakan masjid. Perjumpaan ini juga dapat menjalinkan ukhwah antara barisan pengurusan kolej dan PRD.