ArtikelLatest

WORLD QURAN HOUR 2024 @ KMKPh

Pada 24 Ramadan 1445H bersamaan 04 April 2024, jam12 hingga 1 tengah hari, staf dan pelajar KMKPh telah berkumpul di Pusat Pelajar KMKPh untuk mengikuti secara langsung siaran TV Program World Quran Hour (WQH) yang dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. Surah Al-Jumu’ah iaitu surah ke-62 yang mengandungi 11 ayat telah dibaca secara beramai-ramai dan ditaddabur sebagai sokongan dan solidarity kepada meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat. Pengarah KMKPh, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, staf dan pelajar telah hadir berkumpul untuk mengikuti siaran langsung WQH tersebut . Pusat Sumber Al-Jazari KMKPh yang bertindak sebagai penganjur perhimpunan berkenaan telah menyediakan 3 soalan kuiz dan 3 hadiah saguthati sebagai selingan program WQH. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah KMKPh Puan Zuriah binti Sulaiman kepada para pemenang.