ArtikelLatest

KARNIVAL GREEN TECH IN ENGINEERING 2024

Buat julung kalinya pada 19-20 April 2024 Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) telah menganjurkan Karnival Green Tech In Engineering yang merupakan pertandingan reka bentuk inovasi kejuruteraan melibatkan penggunaan pencetak 3-D. Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua kursus kejuruteraan dan disertai oleh Kolej-kolej Matrikulasi Kejuruteraan peringkat kebangsaan. Objektif pertandingan adalah untuk memberi ruang dan peluang untuk pelajar matrikulasi kejuruteraan khususnya mengembangkan idea inovasi di dalam mereka bentuk model berkaitan bidang kejuruteraan bertemakan teknologi hijau menggunakan pencetak 3 dimensi. Matlamat penganjuran karnival juga merupakan salah satu pelaksanaan program di bawah inisiatif STEM #49 ke arah meningkatkan minat pelajar terhadap subjek kejuruteraan dan seterusnya menjadi innovator pada masa hadapan. Keputusan penuh pertandingan dengan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) memenangi kategori terbaik keseluruhan dan pembentang terbaik. KMKJ turut memenagi 2 anugerah emas, 1 anugerah perak dan 1 anugerah gangsa. KMKPh sebagai tuan rumah memenangi tempat kedua keseluruhan dengan menggondol 1 anugerah emas, 2 anugerah perak dan 1 anugerah gangsa. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) ketiga dengan 1 anugerah emas, 1 anugerah perak dan 2 anugerah gangsa. Juri yang terlibat dalam pertandingan ini ialah merupakan Prof Madya Ir Ts Dr Mohd Faiz bin Mohd Turan, Dekan Fakulti Pembuatan dan Mekatronik UMPSA, Prof Madya Ir Ts Dr Wan Sharuzi bin Wan Harun, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMPSA dan Ts Muhammad Talhah Al Hafiz bin Mohd Khata pelajar PhD Fakulti Bahan dan Pembuatan UIA. Tahniah kepada semua pemenang dan semua JK yang terlibat dalam penganjuran karnival pada kali ini.