ArtikelBerita

Sumbangan Juadah kepada Jemaah Masjid At-Taqwa

Pada 10 Feb 2023, Masjid At Taqwa Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang telah menerima sumbangan Juadah makmur dari kerajaan negeri Pahang untuk diagihkan kepada jemaah masjid selepas solat jumaat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Seri Ismail b. Mohd Said yang mewakili Menteri Besar Pahang.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Tuan Qadhi Daerah Jengka, serta pegawai dari Pejabat Daerah Maran dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Sebanyak 600 pek makanan Juadah Makmur untuk jemaah masjid, pelajar Kolej Matrikulasi kejuruteraan Pahang dan Kakitangan KMKPh telah menerima sumbangan tersebut.

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Ismail Mohd Said telah menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Tn Hj Abdul Rusuwan Rozali yang mewakili Pengarah KMKPh Pn Hadidah bt Abdul Rahman untuk pembelian kelengkapan dan keperluan lain untuk imam, bilal dan siak Masjid At Taqwa KMKPh.

Semoga sumbangan tersebut akan memberi makna kepada imam,bilal dan siak masjid KMKPh. Terima kasih kerajaan Negeri Pahang