Aktiviti PelajarArtikelBerita

Majlis Perhimpunan Pelajar

Majlis Perhimpunan Pelajar diadakan pada 2 Dis 2022 bertempat di Dewan Ibnu Sina KMKPh yang melibatkan 213 pelajar sesi 2022/2023. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KMKPh dengan kerjasama unit HEP KMKPh.

Hadiah kepada semua pemenang dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh unit-unit terlibat seperti Unit Pengajian Am Matrikulasi, Unit Pendidikan Islam, Unit Bahasa Inggeris, Unit Matematik, Unit Pusat Sumber, Unit Kimia, Unit Fizik,dan Unit Kokurikulum yang telah disampaikan oleh Puan pengarah dalam majlis tersebut. Contoh pertandingan yang telah dianjurkan seperti Pertandingan Kaligrafi Keluarga Malaysia, TikTok Pantun Merdeka Kreatif, Video Kreatif Perpaduan, PC Explorace, Program Kodifikasi Ilmu tahun 2022, Kuiz Cakna Merdeka, Forum, Drama Bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Dalam program ini juga, Puan Pengarah telah merasmikan Pelancaran Bulan Akademik Semester 1 sesi 2022/2023 dan para pelajar dinasihatkan untuk sentiasa mengulangkaji dan sentiasa belajar secara berkumpulan agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM I Sesi 2022/2023.