Aktiviti PelajarArtikel

KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM 2023)

Tarikh              : 28 September – 2 Oktober 2023

Tempat            : Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

Kontinjen seramai 92 orang telah berkampung di Kolej Matrikulasi Johor pada 28 Sept. hingga 2 Okt 2023. Acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar (L&W), Sepak Takraw, Olahraga, Petanque (L&W), Tenis (L&W) dan Badminton (L&W). Bola Sepak telah memenangi pingat emas. Manakala Petanque (L&W) mendapat pingat gangsa dan Badminton Perseorangan (L) juga mendapat pingat gangsa. Kedudukan keseluruhan kontinjen KMKPh adalah berada di tangga ke sebelas daripada 17 kontinjen yang menyertai KAKOM 2023.