ArtikelBerita

Program Sumbangan 1551 Pelindung Muka Kepada Petugas Barisan Hadapan

KMKPh 15 April 2020 – Warga KMKPh  telah memberi sumbangan 1551 pelindung muka ‘3D print face shield’ dan pelindung muka pakai buang kepada petugas barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia

Penyerahan sumbangan pelindung muka ini telah disempurnakan oleh Puan Latiza Bt A. Latif, Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang kepada Hospital Jengka, Poliklinik Jengka, dan Balai Bomba Jengka. Manakala Tn Hj Dahari Bin Surid telah menyampaikan sumbangan kepada Klinik Kesihatan Maran, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Pekan. Sumbangan peindung muka juga telah disampaikan secara pos ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Pelindung muka pakai buang ini telah dihasilkan bersama-sama oleh Puan Pengarah kolej serta semua pensyarah dan kakitangan. Pelindung muka ‘3D print face shield’ pula dihasilkan oleh pensyarah Kejuruteraan Awam iaitu En Mohamad Talhah Al Hafiz Bin Mohd Khata dengan menggunakan mesin cetakan tiga dimensi kepunyaan beliau sendiri. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang program ini.  Syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan Covid – 19 KMKPh.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga  Kolej Matrikulasi kejuruteraan Pahang. Mudah-mudahan menjadi amal kebaikan kita semua disisiNya.