ArtikelBerita

Kempen Derma Darah

Derma darah

Kempen derma darah telah diadakan pada 26 Januari 2018 bertempat di Dewan Ibnu Sina, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Program ini telah dianjurkan oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Program ini disertai oleh kakitangan dan pelajar kolej yang bersama-sama menderma darah bagi membantu menampung keperluan oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

derma darah2

Dengan menderma darah ini , ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
• Mangsa kemalangan
• Pesakit yang menjalani pembedahan
• Bayi yang baru lahir dan mengalami penyakit jaundis (penyakit kuning)
• Pesakit Thalassemia dan Hemofilia
• Ibu yang mengalami tumpahan darah

 Klik http://www.kmtph.matrik.edu.my/untuk koleksi gambar

Leave a Reply