Pengimarahan semula Masjid At Taqwa

Sebagai persediaan menghidupkan kembali aktiviti pengimarahan masjid di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, pihak pengurusan kolej telah mengambil inisiatif melaksanakan kerja pembersihan dan disinfeksi masjid dengan kerjasama pekerja kebersihan pada 15 Jun 2020. AJK Masjid turut memastikan sepanjang proses disinfeksi dijalankan, semua yang terlibat mematuhi dan menggunakan peralatan yang sesuai berpandukan nasihat dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.