ArtikelBerita

KMKPh Prihatin 2020

KMKPh Prihatin diadakan pada 18 september 2020 pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Ibnu Sina, KMKPh. Objektif program adalah untuk mencungkil bakat dan kreativiti serta menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Acara yang telah memenangi pertandingan sepanjang bulan kebangsaan telah dipersembahkan dalam majlis KMKPh Prihatin iaitu  dikir barat kemerdekaan, nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak , video Malaysia Prihatin , hiasan dan kayuhan basikal merdeka. Kuiz kewarganegaraan dalam bentuk Quizizz turut dilaksanakan yang melibatkan semua pelajar dan staf yang hadir pada malam itu. Perasmian KMKPh Prihatin telah disempurnakan oleh Puan Latiza binti A.Latif,  Pengarah KMKPh.