ArtikelBerita

Majlis Sejambak Kasih Secangkir Kenangan 2019/2020

Majlis Sejambak Kasih Secangkir Kenangan telah diadakan pada 6 Mac 2020 bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, Ketua Jabatan, Pensyarah dan Staff dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2019/2020.

Majlis dimeriahkan dengan acara nyanyian, nasyid dan deklamasi sajak oleh pelajar juga diadakan cabutan no. bertuah.  Kemuncak majlis ialah penyampaian anugerah bagi menghargai pelajar yang disampaikan oleh Tuan Pengarah & KJPP iaitu:

Anugerah Kreatif, Anugerah Remaja Idola, Anugerah Sahsiah Terbilang, Anugerah Kokurikulum, Anugerah Kepimpinan & Anugerah Khas Pengarah.