Aktiviti PelajarArtikelBerita

Aktiviti Sesi Bimbingan PAL Leader KMKPH Semester 2

Di program Matrikulasi PAL Leader memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada pelajar di luar waktu PdP di dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar melibatkan subjek teras. Di KMKPh Program PAL Leader di bawah penyeliaan Ketua Jabatan Sains dan diselaras oleh En Muhammad Nadzrin bin Mat Ariffin. Pelaksanaan aktiviti turut dibantu oleh JK PAL leader setiap unit akademik subjek teras sebagai penyediaan bahan dan rujukan setiap PAL Leader. Aktiviti PAL Leader Fasa 1 yang telah berlangsung dengan jayanya melibatkan 4 sesi pertemuan. Sambutan pelajar amat menggalakkan kerana PAL Leader yang membimbing dalam kalangan pelajar terdiri daripada rakan kelas sendiri yang mana setiap kelas mempunyai PAL leader bagi setiap subjek teras. Aktiviti bimbingan yang diadakan padu waktu malam memberikan ruang masa yang lebih santai kepada pelajar untuk membuat sesi perbincangan di tempat ruang belajar sekitar kolej. Sesi PAL leader Fasa 2 diteruskan di sepanjang bulan Ramadhan dengan sedikit perubahan jadual untuk memberi lebih ruang kepada pelajar untuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan.