ArtikelBeritaLatest

Program 10000 Langkah Bagi Anggota Kumpulan Pelaksana KMKPh

Program 10000 Langkah Bagi Anggota Kumpulan Pelaksana KMKPh telah dijalankan pada 12 September 2023 sehingga 14 September 2023 melibatkan hampir 50 orang pegawai AKP KMKPh. Program ini diadakan untuk menjadikan budaya hidup sihat dan aktif dalam kehidupan sebagai rutin warga kolej. Program ini juga dapat mengeratkan ukhwah antara pengurusan tertinggi dengan AKP. Program ini diadakan di kawasan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dan diadakan juga di Taman Awam Jengka.