Aktiviti PelajarArtikel

Majlis Restu Ilmu

Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Masjid At-Taqwa Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang pada 5 April 2019. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan restu daripada semua pensyarah ilmu yang telah disampaikan kepada pelajar KMKPh. Antara aktiviti yang dijalankan pada majlis ini adalah bacaan surah Yasin dan taklimat motivasi daripada pensyarah. Warga KMKPh mendoakan agar semua pelajar kolej mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).