Aktiviti PelajarArtikel

Kembara Ilmu Ke KMPP dan USM

Kembara Ilmu ke KMPP dan USM pada 28 Februari – 1 Mac 2020 melibatkan 20 orang PRD dan 10 orang pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Kembara Ilmu ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan baharu dan mendapatkan maklumat secara terus berkaitan USM.

Pengisian program bermula dengan lawatan ke KMPP. Aktiviti suaikenal telah diadakan bersama PRD KMPP. Pengisian program seterusnya adalah sesi  taklimat oleh Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral di Kampus Nibong Tebal. Penerangan yang lebih lanjut telah diberikan oleh pensyarah yang terlibat semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel kejuruteraan. Sesi soal jawab oleh pensyarah dan pelajar KMKPh adalah berkaitan dengan syarat kemasukan dan prospek kerjaya selepas pengajian.

Sesi seterusnya adalah slot motivasi dan perkongsian bersama tiga orang bekas pelajar KMKPh yang meneruskan pengajian di USM dalam bidang kejuruteraan. Sesi akhir adalah taklimat berkaitan syarat kemasukan dan prasarana serta prospek kerjaya bersama Timbalan Dekan Akademik dan pensyarah dari Fakulti Teknologi Industri, USM.