Artikel

Kursus Literasi Undang-Undang KPM

Kursus Literasi Undang-Undang KPM telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2023 melibatkan semua pengurusan, pensyarah dan staf. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada seluruh warga KMKPh tentang undang-undang kerja sebagai pegawai perkhidmatan awam khususnya dalam organisasi KPM. Selain itu, dapat mengurangkan isu-isu pelanggaran tatatertib dan pelanggaran undang-undang dalam kalangan warga KPM serta mengelakkan tindakan luar jangka perundangan terhadap warga KPM.