Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2022 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Tarikh : 10 hingga 11 Ogos 2022

Masa : 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang

Tempat : Bilik Autocad, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Objektif Bengkel :

1) Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi jabatan iaitu MyPerformance yang akan dilaksanakan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana mulai 1 Januari 2024. MyPerformance akan menggantikan sistem penilaian prestasi yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 iaitu Modul Pengurusan Prestasi – LNPT HRMIS.

2) Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tatacara penyediaan Sasaran Kerja Utama (SKU) kepada semua Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dan seterusnya dapat memastikan pengurusan prestasi secara dual system dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.