Aktiviti PelajarArtikel

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KMKPh

Pada 28 September 2023, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid At-Taqwa, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Sambutan ini diadakan dengan tujuan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Selain itu, program ini juga mengumpulkan pelajar KMKPh yang beragama Islam dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Qasidah antara Blok, Talking Session with Students berkenaan tentang profil dan sirah Baginda SAW dan tayangan multimedia yang dibantu oleh pihak BADAR. Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancar hasil kerjasama dari semua pihak.