ArtikelLatest

Karnival SUKe Peringkat Kebangsaan

Pada 24 – 26 September 2023, KMKPh telah menyertai Karnival SUKe Peringkat Kebangsaan di SM Teknik Terengganu bagi tujuan taklimat dan promosi program matrikulasi terutama berkaitan bidang kejuruteraan. Karnival Suke ini dihadiri oleh semua 9 buah SM Teknik seluruh Malaysia. Majlis menandatangani Nota Persefahaman (NoU) telah dimeterai oleh Pengarah KMKPh dengan Pengetua SM Teknik Terengganu.