Program KMKPh bersama Bank Rakyat Cawangan Jengka
Tarikh : 6 April 2023
Masa : 10 pagi
Pada tarikh ini Pengurus Cawangan Bank Rakyat daerah Jengka telah hadir untuk sesi perjumpaan bersama Pengurusan KMKPh. Pengurus cawangan Bank Rakyat yang hadir adalah Pn. Norpazlyaton Binti Pilus dan En Azizat Bin Che Aziz Ketua Unit Pembiayaan.
Dalam sesi perjumpaan tersebut pihak Bank Rakyat memperkenalkan produk produk baru Bank Rakyat yang ada pada masa sekarang. Selain itu pihak Bank Rakyat juga berminat untuk mengadakan sesi ceramah berkaitan isu semasa kepada pelajar dan kakitangan iaitu isu “SCAMMER “ sebagai peringatan.




