ArtikelBerita

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pensyarah

Unit Kimia KMKPH telah mengadakan BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME PENSYARAH: MAHIR CS MANTAP PENYAMPAIAN 2023 dengan jayanya pada sabtu (7 Januari 2023) yang lalu.

Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan:

1. penyampaian isi PdPc yang sama seluruh kolej matrikulasi.

2. Maklumat kursus EC015 dan EC025 sekata bagi semua ahli unit.

3. Penerimaan tahap isi pembelajaran yang saksama bagi semua pelajar.

Antara isi-isi penting yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Slot 1:

1.1 Pendedahan dan Penjelasan CS sem II EC025.

1.2 Pendedahan dan penjelasan spesifikasi kurikulum, penjajaran konstruktif (CLO dan PLO), dan Jadual Penentu Ujian Penilaian Sumatif (JPUPS).

Slot 2:

2.1 Penambahbaikan nota kuliah mengikut CS terbaru dan perbincangan penyampaian PdPc yang interaktif.

Slot 3:

3.1 Pemantapan dan Pemurnian soalan dan jawapan tutoran mengikut CS yang terbaru. Jawatankuasa pelaksanaan mendapati bengkel peningkatan profesionalisme pensyarah: mahir Cs mantap penyampaian 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, jawatankuasa pelaksana yakin bengkel seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menjana dan melonjakkan kecemerlangan pensyarah unit kimia KMKPH.

Info lanjut klik disini