ArtikelLatest

Program Di Ambang Ramadan (AHLAN YA RAMADAN)

Pada 7.00 malam 23 Mac 2023 Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), KMKPh telah menganjurkan program Ambang Ramadan dengan kerjasama Yadim.

Para tetamu dari pihak YADIM dan tetamu kehormat Kapten (B) Shamsuddin bin Moner, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM memulakan program dengan solat magrib berjemaah dengan bacaan selawat Tafrijiyah dan Tadarus surah Al-Qadr oleh ahli BADAR. Ceramah telah disampaikan oleh Kapten (B) Shamsuddin bin Moner, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM.