ArtikelBerita

Program MyScience2U 2.0

Program MyScience2U 2.0 bersama pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang, di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang telah diadakan pada hari Sabtu, 4 Februari 2023 di Sekolah Menengah Agama Tg. Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang.

Program ini merupakan program anjuran Unit Kimia Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan dengan kerjasama Unit Kimia Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh). Program ini melibatkan 70 orang pelajar tingkatan 4 dari 3 buah sekolah iaitu SMA Al-Ihsan, SMA Al-Khairiah dan SMA Tg Ampuan Fatimah bersama 40 orang pensyarah Unit Kimia KMPh dan 2 orang pensyarah Unit Kimia KMKPh iaitu Pn Faezah Irnawati binti Mohamad Zakei dan Pn Fajrani Subaihah binti Juhari.

Objektif utama program adalah menarik minat dan membuka ruang kepada semua pelajar untuk meneroka bidang ilmu STEM melalui pendekatan PdP yang baharu serta pemantapan kemahiran dan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pendidikan dan kerjaya dalam bidang ini. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 SMAN terhadap jurusan pengajian yang ditawarkan bagi program matrikulasi khususnya di KMPh dan KMKPh.

Program MyScience2U dimulakan dengam aktiviti Matrikulasi Di Hatiku, diikuti dengan aktiviti STEMTATION, aktiviti SMAN EXPOLARE (SMEX) dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah. Program jalinan dan jaringan antara KMPh, KMKPh, JAIP dan pihak sekolah wajar diteruskan pada masa akan datang demi melaksanakan misi akademik bagi memupuk kesedaran terhadap kepentingan pendidikan STEM.