ArtikelBerita

Lawatan Kerja Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan

Pada 31 Mac 2021, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang telah menerima kunjungan dari Bahagian Perolehan KPM dan Sektor Khidmat Pengurusan BMKPM bagi memantau prestasi perbelanjaan peruntukan bencana banjir. Bahagian Perolehan dihadiri oleh En. Suliman bin Abd Rahman (Setiausaha Bahagian BPL), Mohd Nizam bin Mod Nasir (Timbalan Setiausaha Bahagian), Safwan Rosidy bin Mohammed, Nor Azhan binti Ahmad dan Nursyamimi binti Bustam. Manakala wakil dari Bahagian Khidmat Pengurusan BMKPM adalah Pn. Nor Asnidar binti Aziz (Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan ,BMKPM), Shairah binti Ahmad Sabri, dab Muhammad Zaid bin Mohd Shahrin.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi membincangkan prestasi perbelanjaan peruntukan bencana banjir dan pemeriksaan pematuhan bagi zon timur. Lawatan ke sekitar lokasi yang terkesan banjir diadakan selepas sesi taklimat.