Terima Kasih KMKK dan KMKJ. KMKPh Kembali Ceria

18 Mac 2021 (Khamis) 12 buah bas membawa pulang seramai 278 pelajar dari KMKK dan 51 pelajar dari KMKJ ke KMKPh. Mereka kembali semula ke kolej setelah ditumpangkan sementara di KMKK dan KMKJ selama 2 bulan semenjak  21 Januari yang lalu akibat bencana banjir yang melanda KMKPh pada 3 Januari 2021. Ini adalah bagi membantu pelajar dalam meneruskan pembelajaran disamping menghadapi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester I.  2 buah bas dari KMKJ mula tiba di kolej pada jam 7.30 ptg dan 10 buah bas dan 1 van dari KMKK pula tiba jam 8.30 mlm. Ketibaan mereka diiringi dengan kereta peronda polis dan disambut meriah oleh Pengarah KMKPh, Puan Latiza binti A. Latif, Ketua-ketua Jabatan dan felo.

Proses sanitasi bagasi pelajar dijalankan oleh pihak bomba dan pihak KKM turut serta dalam memberikan nasihat atas SOP yang diperlukan. Pengurusan barang dan kemasukan kembali pelajar telah diuruskan mengikut SOP yang ditetapkan serta pemantauan ketat dari pihak PDRM. Keriangan tergambar di wajah para pelajar kerana dapat kembali semula ke kolej yang dihargai dan disayangi dengan selamat. Pihak kolej ini mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak PDRM daerah Maran, Bomba Bandar Jengka, Pusat Kesihatan Daerah Maran, pemandu dan pengiring dari kolej-kolej matrikulasi serta Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah dan Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS”

------:: Klik Di sini ::--------