ArtikelBerita

Bengkel MS ISO 9001: 2015

Bengkel MS ISO 9001: 2015 untuk Juruaudit Dalam telah diadakan pada 26 hingga 28 Febuari 2020 bertempat di Dewan Seminar, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Peserta yang terlibat terdiri daripada 18 juruaudit dalam KMKPh, 19 orang peserta dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan 14 orang peserta dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Taklimat MS ISO 9001: 2015 ini telah disampaikan oleh Tn Hj. Shahanif bin Hj Hassan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Kejuruteraan Pahang, Pn Latiza binti A.Latif.