Perkemahan Bersepadu KMKPh

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang(KMKPh), 28 Februari hingga 1 Mac 2020 – Perkhemahan Bersepadu Peringkat Kolej telah diadakan bertempat di Tapak Perkhemahan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Program ini telah dianjurkan oleh praktikum J1P2 dan J1P4 dengan kerjasama Unit Kokurikulum bersempena dengan projek akhir kokurikulum semester dua. Program ini melibatkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar kolej. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan pengurusan program.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan 3 hari 2 malam ini berlangsung seperti explorace, camp fire, persembahan malam kebudayaan dan masakan rimba. Program ini telah berjalan dengan lancar kerana komitmen yang baik telah diberikan oleh setiap peserta perkhemahan ini. Program ini tamat pada  1 mac jam 11.00 pagi dan majlis penutupan perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar Wan Nordiana binti Wan Abdul Rahman sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang.