Aktiviti PelajarArtikelBerita

Pembentangan Projek Seameo Stem-Ed Project-Based Learning (Pbl-Course)

SESI PEMBENTANGAN PROJEK SEAMEO STEM-ED PROJECT-BASED LEARNING (PBL-COURSE): SISTEM AMARAN AWAL BANJIR BAGI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN PAHANG KEPADA PEMEGANG TARUH

Peserta merupakan empat orang pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dengan nama kumpulannya Wi5 Juniors, terdiri daripada:

1. Chen Pei Wei EB14T14 (Ketua)

2. Sarvesh Segaran EB8T8

3. Nur Badri Syahmi bin Noranuar EB14T14

4. Eugene Ang Soosay EB3T3

Kumpulan Wi5 Juniors ini dibimbing oleh lima orang pensyarah pembimbing daripada kumpulan PLC Wi5, terdiri daripada:

1. WAN NUR FATHIAH BINTI WAN JASNI (Ketua & Pensy. Matematik)

2. NUR AFIQAH BINTI ROSALI (Pensy. Kimia)

3. RAJA MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN RAJA ROSLI (Pensy. Kejuruteraan Awam)

4. NOR SYAMINA BINTI ASSAN KUTHUS (Pensy. Asas Kejuruteraan)

5. ALLYA ATIQAH BINTI KHIRUL KAHAR (Pensy. Fizik)

Pembentangan ini dihadiri oleh beberapa pemegang taruh utama iaitu terdiri daripada Pengurusan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, JPS Maran dan Balai Bomba Jengka.

Pengurusan KMKPh terdiri daripada Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Penolong Kanan Eksekutif. Sebagai pemegang taruh utama, pihak Pengurusan amat berbesar hati dengan pembentangan serta idea daripada Kumpulan Wi5 Juniors terhadap sistem amaran awal banjir yang telah direka bentuk dan dibina.

Pihak JPS Maran pula diwakili En. Wan Mohd. Khairil Bin Wan Isa, Jurutera Daerah (JD) dan En. Wan Norakmal, Pegawai JPS. Sebagai pemegang taruh dan juga pakar berkaitan sistem amaran awal banjir telah mencadangkan beberapa penambahbaikan yang amat penting antaranya seperti aspek sumber kuasa yang digunakan perlulah tahan lama, keselamatan sensor yang perlu mengambil kira sisa-sisa yang mengalir bersama air dan tahap kekuatan bunyi sistem siren yang sesuai di dalam cuaca hujan yang lebat. Keseluruhannya, JPS Maran amat menyokong idea yang dibawakan dan melihat terdapat potensi besar bagi melengkapi sistem-sistem amaran sedia ada yang disediakan oleh JPS.

Balai Bomba dan Penyelamat Jengka pula diwakili oleh Tuan Nor Dzaini Bin Md Zin. Sebagai pemegang taruh yang amat menekankan aspek keselamatan dan strategi evakuasi bagi mangsa banjir yang terlibat, Pihak Bomba amat meraikan penyelesaian yang dicadangkan kumpulan Wi5 Juniors ini yang mana semestinya dapat mengurangkan impak dan kerosakan daripada banjir dengan memberikan masa yang cukup untuk pengungsian dilakukan sebelum banjir berada pada paras bahaya.

Kesimpulan daripada sesi pembentangan ini, Pihak Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang amat berbangga dengan pencapaian dan hasil yang ditunjukkan para pelajar. Pihak Kolej juga amat berbesar hati dan menghargai kesudian wakil-wakil daripada jabatan lain iaitu JPS Maran dan Balai Bomba dan Penyelamat Jengka meluangkan masa dan menyumbang kepakaran mereka. Semoga usaha sama antara pihak Kolej dan Komuniti setempat seperti ini memberikan satu nafas baharu kepada pembinaan anak bangsa khususnya dalam memberi pendedahan terhadap aplikasi STEM dalam menyelesaikan masalah yang sebenar.

Usaha sama dalam pendidikan antara institusi dan agensi kerajaan serta komuniti masyarakat setempat perlu lebih dipertingkatkan lagi kerana ia benar-benar memberi pendidikan yang bermakna kepada pelajar.