ArtikelLatest

Pertandingan Karnival STEM Matrikulasi (MASCAR 2022)

Pertandingan Karnival STEM Matrikulasi (MASCAR 2022) peringkat kebangsaan telah berlangsung ada 23 – 25 September 2022. Sebanyak 4 buah pertandingan telah dipertandingkan dalam MASCAR 2022 yang melibatkan pelajar-pelajar daripada 17 buah kolej matrikulasi KPM dan kolej MARA. 4 buah pertandingan tersebut adalah Pertandingan Reka Cipta Model Roket Angkasa, Pertandingan STEM Creator, Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau dan Pertandingan STEMatric Challenge. Pertandingan MASCAR 2022 telah membuahkan beberapa kejayaan bagi pelajar-pelajar KMKPh menyertainya dan majlis Penutupan Pertandingan MASCAR 2022 telah pun berlangsung pada 25/09/22 dan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi, Dr. Hajah Rosnarizah Abdul Halim.