Aktiviti PelajarArtikelPencapaian

International Mathematical Olympiad National Selection Test (IMONST 1)

Pada 23-24 September 2023 yang lalu, KMKPh telah menghantar wakil sebanyak 18 orang untuk menyertai International Mathematical Olympiad National Selection Test (IMONST 1). Pertandingan tersebut telah berlangsung secara atas talian. Hasil daripada penat lelah mereka menjawab soalan-soalan yang agak mencabar, seorang daripada pelajar kita iaitu Lai Zi Li telah berjaya mendapat peringkat gangsa dan berjaya mendapat tempat ke peringkat seterusnya iaitu IMONST 2. Selain daripada itu, terdapat juga 6 orang pelajar yang berjaya mendapat peringkat “Honorable Mention” dan 4 orang pelajar mendapat peringkat “merit”. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga KMKPh lebih terus berjaya di persada dunia.