AmArtikelBeritaLatest

Tahniah, Tempat Kedua Booth Terbaik!

Pada 16 Mei 2023 bersamaan 25 Syawal 1444H, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) berbesar hati memenuhi undangan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Jengka bersama Gabungan Masjid-masjid Daerah dan Kariah serta Gabungan SAR KAFA Daerah Jengka. Berlangsung di Dataran Ar-Rahmah, Pejabat Agama Islam Daerah Jengka, majlis dipenuhi suasana meriah dan mesra dengan kehadiran ramai penduduk di kawasan sekitar Jengka termasuklah kakitangan KMKPh.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, KMKPh melalui Masjid At-Taqwa turut memenuhi jemputan menyediakan reruai. Benarlah rezeki itu tidak pernah salah alamat, di mana KMKPh telah dinobatkan sebagai pemenang tempat Kedua bagi Booth Terbaik pada tahun ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada AJK Masjid At-Taqwa dan para pegawai yang bertungkus-lumus mendekorasi reruai dan bertugas sepanjang majlis.