AmArtikelLatest

Perasmian CDH Barber KMKPh

Pada 24 Mac 2023, upacara perasmian pembukaan CDH Barber KMKPh telah disempurnakan oleh Puan Hadidah binti Abdul Rahman A.M.N, Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang pada pukul 3.45 petang bertempat di hadapan Pejabat Kolej Kediaman.

CDH Barber KMKPh merupakan usaha yang dilaksanakan oleh Unit Bahasa Inggeris untuk kebajikan pelajar bagi mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut dengan harga rahmah tanpa perlu menghabiskan masa di luar. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam majlis perasmian tersebut dapat mempelajari selok-belok menguruskan program sebelum, semasa dan selepas perasmian. Majlis perasmian turut dihadiri ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan para kakitangan.