ArtikelBerita

Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi

Bertempat di Dewan Ibnu Sina, pada 20 November yang lalu telah diadakan Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi bagi meraikan persaraan pegawai-pegawai KMKPh iaitu Encik Zulkifli bin Zakaria, Puan Siti Halijah binti Ahmad dan Encik Abd. Razak bin Daud. Encik Zulkilfi bin Zakaria merupakan Mantan Ketua Jabatan Sains dan pensyarah Unit Kejuruteraan. Manakala Puan Siti Halijah merupakan Ketua Pembantu Tadbir dan Encik Abd. Razak menjawat jawatan sebagai Pemandu.

Pegawai-pegawai diraikan dengan suasana yang meriah dan mesra, dimulai perarakan bunga manggar mengiringi masuk ke Dewan Ibnu Sina dan diakhiri dengan konvoi bermotor mengililingi kawasan sekitar kolej. Majlis turut diselangi dengan tayangan video kenangan dan persembahan nyanyian yang pasti menjadi ingatan kepada semua warga kolej. Seluruh warga KMKPh merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang bersara di atas segala sumbangan dan bakti selama berkhidmat di KMKPh. Selamat Bersara diucapkan dan semoga kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.