Aktiviti PelajarArtikelBerita

Program PC Explorac

Program PC Explorace adalah program anjuran bersama Unit Kimia dan Unit Fizik KMKPh. Program ini telah diadakan pada hari Khamis, 1/12/2022 melibatkan semua 213 orang pelajar KMKPh yang telah dibahagikan kepada 57 kumpulan dari praktikum yang sama.

Program bertemakan “explorace” ini telah dibahagikan kepada beberapa “checkpoint” yang dijaga oleh pensyarah Unit Kimia, pensyarah Unit Fizik dan dibantu oleh pelajar-pelajar PAL. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan berkaitan kimia dan fizik di setiap “checkpoint”.

Praktikum yang mendapat markah terkumpul terbanyak dikira sebagai pemenang.

Program PC Explorace ini bukan sahaja menyeronokkan, bahkan dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan di samping pelajar dapat mengulangkaji pelajaran secara interaktif. Program ini akan diteruskan pada masa akan datang.