PROGRAM JEJAK MENARA MATRIKULASI 2018

Perasmian Yadim

Program Jejak Menara Matrikulasi telah diadakan pada 17 March 2018 bertempat di Dewan Ibnu Sina Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Program ini anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ldk-yadim

Objektif program ini adalah bagi memberi pendedehan kepada para pelajar matrikulasi tentang tips pembelajaran dan kehidupan di universiti. Selain itu juga ia mmeberi kefahaman tentang kepentingan generasi muda sebagai pelapis kepimpinan negara yang beridealisma islam dan berjiwa dakwah pada masa akan datang.

KMTPh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YADIM yang telah memberikan pendedehan kepada para pelajar KMTPh dan memberikan tips di dalam pembelajaran. Pihak kolej juga mengucapkan tahniah kepada para penganjur dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program tersebut.

taklimat

Klik http://www.kmtph.matrik.edu.my/untuk koleksi gambar

Leave a Reply