ArtikelBerita

Kuliah Dhuha

Kuliah Dhuha

Kuliah dhuha telah di adakah di Masjid At-Taqwa KMTPh. Kuliah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azri Samsudin dari Jabatan Agama Islam Pahang. Kuliah yang disampaikan bertajuk Fiqh Musafir yang menerangkan berkaitan dengan kaedah dan syarat pelaksanaan solat apabila musafir atau melakukan perjalanan.

Antara Intipati ceramah yang disampaikan.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Solat Jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
  2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Kuliah Dhuha KMTPh

Untuk solat jamak taqdim:

  1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
  2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
  3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
  4. Berkekalan perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
  5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

 Untuk solat jamak taakhir:

  1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
  2. Berkekalan perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Walaupun di mana kita berada, jangan sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir. Perlu diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja. Tempoh masa musafir adalah selama tiga hari tidak termasuk perjalanan pergi dan pulang.

Klik http://www.kmtph.matrik.edu.my/untuk koleksi gambar

Leave a Reply