Aktiviti PelajarArtikelBerita

eKarnival Pendidikan Kerjaya

eKarnival Pendidikan Kerjaya KMKPh telah dilaksanakan pada 25 – 27 Februari 2022 melibatkan 25 buah Universiti Awam dan Universiti Swasta. Antara objektif utama eKarnival Pendidikan Kerjaya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan syarat kemasukan dan kursus-kursus yang ditawarkan di universiti bersesuaian dengan kelayakan dan minat . Pengisian ekarnival kali ini adalah sesi taklimat secara dalam talian oleh pegawai UA dan US yang terlibat mengikut jadual. Pihak pengurusan dan seluruh warga KMKPh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih keoada semua UA dan US yang terlibat dalam menjayakan eKarnival Pendidikan Kerjaya KMKPh.