ArtikelBerita

Program Motivasi Bersama Alumni

Program Motivasi Bersama Alumni telah berlangsung di KMKPh pada 8 Mac 2024 dengan tajuk Kenapa Perlu Belajar? Penceramah YM Raja Muhammad Khairuddin bin Raja Rosli juga merupakan alumni KMKPh sesi 2010/2011 serta alumni PPC tahun 2011-2015 dijemput khas untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai Alumni Matrikulasi serta Alumni PPC. Perkongsian dari beliau menjadi dorongan kepada anak muda dalam menentukan hala tuju mereka selepas matrikulasi. Perkara utama yang disarankan beliau kepada anak-anak muda adalah untuk memastikan ada tujuan hidup yang bersesuaian dan yang dapat mendorong kepada kejayaan. Program ini turut disertai oleh Puan Pengarah, Puan Zuriah bt Sulaiman serta Cik Hajjah Wan Nordiana bt Wan Abd Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMKPh.