ArtikelBerita

Lawatan Penanda Aras Ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

KMKPh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 14 Februari 2024 bagi perkongsian berkaitan kemudahan prasarana di beberapa lokasi untuk tujuan naik taraf beberapa bangunan di KMKPh dalam projek RMK 12. Antara lokasi utama yang dilawati adalah Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Galeri KMPP , bilik-bilik akademik dan bilik Astronomi.
Pada lawatan penanda aras tersebut juga telah berlangsung satu Majlis “Thumb in” dan serah tugas kepada Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang baharu yang iaitu Dr. Norhisham Binti Abdul Razak (Mantan Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang).
Adalah diharapkan hasil penanda arasan ini dapat membantu pihak kolej untuk menambahbaik penyediaan dokumen naik taraf bangunan-bangunan yang terlibat dalam RMK 12.