ArtikelBerita

Karnival Pendidikan Kerjaya Dan Hari Terbuka KMKPh

Karnival Pendidikan Kerjaya dan Hari Terbuka 2024 melibatkan BKPA, 15 UA dan 8 IPTS dan 11 agensi luar.
Karnival tahun ini turut melibatkan lebih ramai lagi pelajar -pelajar sekolah dari semua 18 buah sekolah menengah Daerah Maran, 7 buah sekolah daerah Temerloh, 7 buah sekolah daerah Bera dan 2 buah sekolah daerah Bentong.
Promosi program matrikulasi dilaksanakan dengan menjalankan amali-amali kejuruteraan dan pameran akademik subjek teras kepada semua pelajar sekolah yang hadir secara berkumpulan mengikut lokasi bagi mendedahkan pelajar sekolah dengan cara pembelajaran di kolej matrikulasi. Promosi pada kali ini ditambahbaik dengan pembukaan kaunterr permohonan ke program Matrikulasi di booth yang disediakan bagi memudahkan pelajar membuat permohonan terus dan dapat menangani segala isu yang dihadapi. Karnival dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti pameran inovasi, derma darah, pemeriksaaan kesihatan, cabaran minda, pendidikan luar, butik amal, busking dan gerai jualan. Karnival ini dirasmikan oleh Pn. Zuriah binti Sulaiman, Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dan tetamu jemputan yang hadir iaitu KPPD Bera, TP SPMd PPD Maran, TP Sektor Pembelajaran PPD Maran, Pegawai-pegawai PPD Maran, Pegawai SISC + Sains Sosial PPD Bentong, wakil-wakil UA dan IPTS serta agensi luar yang terlibat. Perasmian turut diserikan dengan gimik, penyampaian sijil dan cenderahati kepada pempamer dan diakhiri dengan lawatan serta sesi bergambar di booth-booth. Pihak kolej merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Urusetia, JK Karnival, pempamer dari UA, IPTS dan agensi luar serta semua individu yang turut terlibat dalam menjayakan Karnival Pendidikan Kerjaya dan Hari Terbuka 2024 di KMKPh.